Tuesday, August 2, 2011

Pusat Internet Desa

PID BALIK PULAU

Program Internet Desa mula dilaksanakan dalam tahun 2000. Objektif program adalah untuk merapatkan jurang digital antara kawasan bandar dan luar bandar. Sehingga tahun 2006, sejumlah 42 lokasi Pusat-Pusat Internet Desa (PID) telah dilaksanakan. Ianya meliputi setiap negeri kecuali di Wilayah Persekutuan. PID adalah singkatan bagi Pusat Internet Desa, PID adalah satu program yang dianjurkan oleh Kementerian, Tenaga Air dan Komunikasi (KTAK) dengan kerjasama POS Malaysia Berhad, MSD dan Telekom. Sekarang PID telah bertukar kementerian iaitu di bawah Kementerian Penerangan,Komunikasi dan Kebudayaan.Di Pulau Pinang terdapat 2 PID iaitu di Balik Pulau dan Tasek Gelugor.



TUJUAN

Bagi tujuan peluasan program ini, Kerajaan Malaysia telah mendapat bantuan teknikal dari Kerajaan Jepun yang dilaksanakan melalui "Kajian Meningkatkan Akses Info-Komunikasi Komuniti Luar Bandar". Kajian ini telah dijalankan bersama perunding dari Japan International Cooperation Agency (JICA) dalam tahun 2002. Hasil kajian ini mendapati Pejabat Pos adalah lokasi yang sesuai untuk menempatkan PID kerana ianya menjadi tumpuan komuniti dan banyak menyediakan kemudahan kepada mereka. Diantara tujuannya seperti berikut:

Merapatkan jurang digital diantara masyarakat luar bandar dan bandar
Memberi pengetahuan ICT tidak kira usia, terutama warga emas
Mewujudkan satu masyarakat e-komuniti, dengan pembinaan satu laman web untuk kemudahan penduduk Balik Pulau mendapatkan maklumat dikawasan setempat dan pelbagai lagi.
Menyedarkan masyarakat kepentingan ICT didalam dunia Globalisasi agar tidak ketinggalan dengan dunia luar



FASILITI

Mula beroperasi pada 2003, lokasinya terletak bersebelahan pejabat Pos Balik Pulau. Mudah dikunjungi oleh orang ramai. Dilengkapi dengan:

10 buah komputer peribadi dari sumbangan DELL & Komuniti Tempatan
2 buah laptop peribadi
Internet acess broadband ditaja oleh streamyx
2 printer Laser Jet, 1 Printer All-in-One, 1 Printer Bubble Jet.
Photostate Machine serendah 4.5 sen
Scanner
Camera Digital
Binding Machine
Laminating Machine
Mesin Fax
LCD Projector
Screen Projector
Speaker 100Watt dan lain-lain aksesori komputer.

OPERASI

Isnin-Jumaat, jam 9.00 pagi-6.00 petang
Sabtu, jam 9.00pagi -12.00 tengahari (Khas untuk kelas yang telah ditempah)kecuali minggu pertama ditutup.

SELIAAN

Setiap PID diuruskan oleh seorang Penyelia yang dibantu oleh Penolong. Sebuah jawatankuasa Penyelaras PID yang mewakili setiap golongan komuniti juga ditubuhkan bagi tujuan menyelaras PID. Jawatankuasa bekerjasama dengan Penyelia PID dalam menjalankan aktiviti berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk dimanfaatkan oleh komuniti setempat.

Dua orang tenaga kerja yang menguruskan PID Balik Pulau yang telah dilantik oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan iaitu:
Penyelia : Siti Huraizah Binti Abdul Rahman (Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat, (University Utara Malaysia))
Penolong Penyelia: Sarina Binti Ishak (Diploma Sains Komputer, KYPMKL-UUM).



PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN

Penggunaan Internet dan Komputer PERCUMA untuk Ahli
Latihan Asas ICT, iaitu asas Pengenalan Komputer, Asas Microsoft Office Pakages , Word, Excel, PowerPoint dan Frontpage

Khidmat Nasihat ICT & Keusahawanan
Penggunaan aplikasi , e -kerajaan, e-Perbankan, e-Pembelajaran dan e-Perolehan, pendaftaran Daftar Syarikat dan Daftar e- perolehan juga dibuat.
Perkhidmatan Laman Web, Blog dan Digital Story Telling Komuniti Tempatan.

Pengurusan Program Komuniti
Pendaftaran Perniagaan & e-Perolehan.
Membaik pulih komputer
Menjual komputer, dan laptop serta Aksesori Komputer.
Pendaftaran
Networking, Multimedia dan Website
Photostate
Faxing, laminating dan binding
Rubber stamp
Iklan dan banner
Apa-apa sahaja yang berkaitan dengan teknologi maklumat